Bertolak ansurlah di dalam pergaulan..... Kasih sayang sentiasa berbunga, hidup aman, damai dan harmoni... Salam Ukhwah..Salam 1 Malaysia...

Sabtu, September 12, 2009

Selamat Datang ke Sekolah Agama Seri Sekawan Desa














Sejarah Penubuhan Sekolah

Sebelum tahun 1950, penduduk kampung kawasan 9 tidak mempunyai sekolah agama sendiri. Ibu bapa hanya menghantar dan memberi didikan agama kepada anak-anak mereka melalui sekolah pondok memandangkan kesulitan dan kesedaran betapa pentingnya pelajaran agama.

Pada tahun 1952, masyarakat pada waktu itu berpakat untuk mendirikan sebuah bangunan sekolah agama secara bergotong-royong. Sekolah tersebut didirikan dengan beratapkan rumbia dan berlantaikan papan di atas sebidang tanah yang diwakafkan oleh Tuan Haji Saniman, selaku Ketua Kampung ketika itu.


Pada tahun 1957, bangunan sekolah agama tersebut terpaksa dipindahkan sebelum diguna semula kerana roboh akibat dipukul ribut. Pada tahun 1968, kerajaan telah membina bangunan Sekolah Kebangsaan Seri Sekawan Desa. Bermula tarikh tersebut, pihak pentadbiran sekolah agama telah menumpang dan menggunasama bangunan tersebut untuk anak-anak kampung menimba ilmu agama.

Sehinggalah pada tahun 1999, Sekolah Agama Seri Sekawan Desa telah mendapat bangunan sendiri di bawah peruntukan Kerajaan Negeri berjumlah RM 900,000.00 dan telah dirasmikan oleh Y.A.B. Tuan Haji Abdul Ghani bin Othman ketika itu. Bangunan ini terletak di atas tanah seluas ½ ekar yang telah diwakafkan oleh Tuan Haji Shahri bin Haji Othman, Imam Masjid Jamek Kampung Parit Saniman.

 Bangunan ini mempunyai enam buah bilik darjah, sebuah bilik guru, sebuah bilik sembahyang, kantin, stor, tempat letak kenderaan, tandas dan tempat wudhuk. Jumlah guru pada masa ini adalah seramai 7 orang dengan pelajar seramai 225 orang yang terdiri dari kelas Tadika Agama Johor dan Darjah 1 hingga Darjah 6.

Sejarah Dinamakan Sekolah Agama Seri Sekawan Desa


Sekolah Agama Seri Sekawan Desa menerima murid daripada sepuluh buah kampung berdekatan iaitu :

1. Kampung Parit Maklumi

2. Kampung Parit Kahar

3. Kampung Parit Saniman

4. Kampung Parit Limin

5. Kampung Parit Sulaiman

6. Kampung Parit Lanchang

7. Kampung Parit Panjang

8. Kampung Parit Dua

9. Kampung Parit Serong

10. Kampung Jelutong Darat


Guru Besar-Guru Besar yang pernah berkhidmat di Sekolah Agama Seri Sekawan Desa ialah :
1. Tuan Haji Mohd Supaat bin Haji Mohd Yusuf ( 1952 – 1966 )
2. Tuan Haji Abd. Rahman bin Raki                    ( 1967 – 1997 )
3. En. Mohd Ismail bin Masad                            ( 1998 )
4. En. Mohd Samiin bin Paiman                          ( 1999 – 2005 )
5. Puan Hjh. Partimah binti Darmin                     ( 2006 – 2008 )
6. Tuan Haji Mohahmad Safi’e bin Sojak           (Mulai 1.1.2009 hingga sekarang)


Sekolah Agama Seri Sekawan Desa merupakan sekolah yang mendapat nama sempena empat buah desa yang masyarakatnya bersatu padu dan bekerjasama di dalam satu kumpulan. Empat buah desa tersebut ialah:

1. Kampung Parit Maklumi
2. Kampung Parit Kahar
3. Kampung Parit Saniman
4. Kampung Parit Limin


Memandangkan terdapat lebih kurang kurang empat buah desa di sekitar kawasan tersebut, Kementerian Pelajaran bersetuju untuk mendirikan sebuah sekolah agama bagi menampung pelajar-pelajar iaitu anak penduduk-penduduk kampung tersebut. Kedudukan Kampung Parit Saniman yang strategik terletak ditengah-tengah kawasan 9 menjadi sebab utama mengapa sekolah ini dibina di sini.


Sehingga sekarang, Sekolah Agama Seri Sekawan Desa telah berkembang dan menerima pelajar dari 10 buah desa yang berdekatan dapat diterima baik oleh masyarakat setempat.


1 ulasan:

  1. UNTUK PENGETAHUAN ANDA SEKALIAN TAPAK SEKOLAH KEBANGSAAN BUKAN TANAH TN HJ SANIMAN TETAPI TANAH TUAN HJ MUSTAROM..

    UNTUK TIDAK BERLAKU KESILAPAN LAGI TOLONG RUJUK KEPADA WARIS TN HAJI WAHID@ ROHANI BIN SANIMAN IMAM KG PARIT SANIMAN SEKARANG. ATAU WAK HJ MUSLIMIN BIN SUNGIB ATAU ANAK2 ARWAH TN HJ MUSTARAM SEPERTI TUAN HJ ISHAK@SEKAK, HJ KASSIM, ATAU EN OMAR..
    SEKIAN SUPAYA ANAK2 KITA TAHU SEJARAH TEMPAT KITA YANG BETUL

    BalasPadam